YANGON, 27 OGOS – Seramai 24 suspek penipuan telekomunikasi dan Internet telah dibawa pulang dari Myanmar ke China dalam tempoh empat hari, menurut kedutaan China di Myanmar kelmarin.
Di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon, polis Myanmar menyerahkan enam suspek kepada polis China pada 23 Ogos, lima pada 24 Ogos, lapan pada 25 Ogos, dan lima suspek pada 26 Ogos, kata kedutaan itu.
Suspek-suspek yang ditahan di Myanmar oleh polis didakwa menjalankan penipuan telekomunikasi yang menyasarkan orang ramai di tanah besar China.
Semakin banyak organisasi penipuan telekomunikasi telah memindahkan ‘sarang’ mereka keluar dari China untuk mengelakkan tindakan keras polis sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kata Kementerian Keselamatan Awam China. – Xinhua


