Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    24 tamat kursus kompetensi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Seramai 24 peserta dari 11 buah negara SEAMEO iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan Vietnam telah berjaya menamatkan kursus dalam talian selama lima hari mengenai ‘Penilaian Berasaskan Kompetensi dalam TVET’ dan diraikan pada majlis penutup secara maya, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan merasmikan majlis penutup program latihan serantau itu ialah Pengarah Institut Pembangunan Tenaga Buruh Kebangsaan (INDMO), Timor Leste, Dr Isabel Fernandes De Lima.

    Turut hadir ialah Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar dan pengurus hal ehwal korporat merangkap pakar TVET dan penyelaras kursus, Dayang Cynthia Abdullah berserta pegawai dan kakitangan.

    Menurut kenyataan yang diterima dari Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, hari ini, hasil daripada latihan tersebut, kesemua peserta telah mempelajari mengenai penilaian pembangunan yang berasaskan kompetensi, bahan yang relevan iaitu hasil pembelajaran, kriteria prestasi, objektif atau standard prestasi, pelan bukti, jadual spesifikasi, jenis ujian bertulis, rubrik dan ujian berasaskan prestasi.

    Dalam ucapannya, Awang Alias menggesa para peserta kursus untuk mempraktikkan semua kompetensi yang ada untuk diperkukuh semasa latihan, dan merealisasikan pelan tindakan mereka sekembalinya ke institusi latihan masing-masing, untuk benar-benar meraih faedah daripada penyertaan program latihan.

    Sebagai maklum balas, Dr Isabel menyatakan sokongan dan keyakinan bahawa program latihan itu mampu menyediakan peserta kursus dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai untuk menilai kecekapan para pelajar, dan untuk pengajar membangunkan alat penilaian yang sesuai untuk mengukur kecekapan pelajar mereka.

    Dr Isabel Fernandes De Lima bersama peserta lain pada majlis penutup kursus, baru-baru ini. – Gambar serahan SEAMEO VOCTECH
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...