Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    24 ‘wira’ sertai kempen derma darah

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 6 MEI – Seramai 24 penderma darah dari seluruh Daerah Belait tampil menyumbangkan darah dalam kempen derma darah yang diadakan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kampung Pandan, hari ini.

    Kempen ini dianjurkan oleh perpustakaan berkenaan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), dengan matlamat untuk meningkatkan bekalan darah negara.

    Penduduk setempat serta ahli perpustakaan digalakkan untuk tampil menyumbang sebagai tanda sokongan kepada usaha murni ini.

    Petugas perubatan dari Hospital RIPAS turut hadir bagi membantu dan memastikan proses pendermaan darah agar berjalan dengan lancar dan selamat sepanjang acara tersebut.

    Pusat Pendermaan Darah terus menggalakkan orang ramai yang layak untuk menderma secara berkala, sambil menekankan setiap pain darah yang didermakan mampu menyelamatkan beberapa nyawa.

    Sementara itu, penderma darah tetap seperti Awang Abu Bakar bin Osman turut menyatakan rasa gembira kerana dapat terus menyumbang.

    Disamping itu beliau turut menyeru orang ramai untuk turut serta dalam usaha ini.

    Tambahnya lagi, menderma darah bukan sahaja dapat membantu menyelamatkan nyawa, tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada penderma itu sendiri.

    Awang Abu Bakar menderma darah demi tujuan yang mulia semasa kempen berlangsung. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda