LOS ANGELES, 20 MAC – Itali pintas China sebagai negara yang paling ramai terkorban disebabkan oleh koronavirus kelmarin. Angka kematian di Eropah terus meningkat dengan Itali mengumumkan 427 lagi kematian kelmarin, menambah jumlah keseluruhan kematian kepada 3,405 orang, menurut perkiraan yang dibuat oleh AFP dari sumber rasmi. China secara rasmi mencatatkan 3,245 kematian disebabkan oleh