Wednesday, February 12, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    25 anak yatim, ibu tunggal terima sumbangan WBC

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Seramai 25 orang anak yatim hari ini telah menerima sumbangan berupa makanan asasi dan sampul surat raya yang berlangsung di Coconut Bay Lodge, Beribi.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Dipertua Majlis Perniagaan Wanita (WBC), Datin Paduka Hajah Rokiah binti Haji Zakiah.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Naib Yang Dipertua WBC, Hajah Mordiah binti Haji Jackia.

    Menurut Hajah Mordiah, beliau bersyukur bahawa WBC sekali lagi telah mengadakan majlis berkenaan seperti yang pernah diadakan pada tahun-tahun sebelumnya.

    Selain daripada sumbangan kepada anak yatim, beberapa orang ibu tunggal juga menerima sumbangan dan pada tahun ini pihak WBC turut mengadakan acara berbuka puasa.

    Datin Paduka Hajah Rokiah (tengah), semasa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. – GAMBAR SERAHAN WBC
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda