Wednesday, November 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    25 anggota bomba tamat kursus

    Oleh Salawati Haji Yahya

    KUALA BELAIT, 13 JUN – Seramai 25 orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Cawangan Operasi B dan Cawangan Operasi E telah menamatkan Kursus Asas dan Kesedaran Bahan Bahaya (Hazmat) Siri 1/2022, baru-baru ini.

    Kursus yang berlangsung selama empat hari, 6 hingga 9 Jun lalu, di Balai Bomba SPARK itu antara lain bertujuan untuk memberi kesedaran, pengetahuan dan maklumat kepada anggota yang tidak menganggotai unit Hazmat mengenai kemungkinan wujudnya bahaya bahan-bahan berbahaya (Hazardous Materials) dalam menangani insiden-insiden kecemasan, di samping membuat tindakan awal yang harus dilakukan dengan selamat bagi melindungi diri, orang lain, harta benda dan alam sekitar.

    Penyampaian sijil pada penghujung kursus itu telah disempurnakan oleh Penguasa Bomba dan Penyelamat Ajahrin bin Mail, Timbalan Pegawai Pemerintah, Cawangan Operasi B, Daerah Belait.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Komander Unit Hazmat, JBP, Pegawai Balai Pengiran Haji Ali Abdul Rahman bin Pengiran Haji Halus.

    Antara anggota yang menghadiri acara penyampaian sijil pada majlis yang diadakan baru-baru ini.- Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda