Thursday, September 29, 2022
22.6 C
Brunei

25 belia lawat Jabatan Penjara

-

Oleh Syahmi Hassan

TUTONG, 29 Mac – Sebagai salah satu acara yang terkandung dalam Program Kem Belia 2019, seramai 25 orang belia Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam (PAHMA), Kampung Sengkarai telah mengadaakan lawatan sambil belajar ke Penjara Maraburong, Kampung Sinaut, kelmarin.

Rombongan diketuai oleh Penyelia Kumpulan Belia Masjid PAHMA, Awang Muhd Padini bin Ta’ai.

Kedatangan rombongan berkenaan telah dialu-alukan oleh Pegawai Jabatan Penjara, Awang Ahmad bin Haji Ali, disusuli dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Awang Raime bin Tuah, diikuti dengan sesi soal jawab.

Dalam lawatan tersebut, rombongan Masjid PAHMA turut berpeluang menyaksikan demonstrasi hukuman sebat.

Selain lawatan, pelbagai aktiviti dan acara terkandung dalam Program Kem Belia 2019 yang berlangsung selama lima hari yang berakhir hujung minggu ini, antaranya kempen membersihkan tanah perkuburan Islam, program motivasi, kuliah Subuh, bermalam, membersihkan masjid-masjid dan sebagainya.

Rombongan daripada Masjid PAHMA bergambar ramai di Penjara Maraburong.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -