Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    25 kereta mewah dilelong

    GENEVA, 29 SEPT – Sebuah rumah lelong di Switzerland dijangka menjual 25 buah kereta mewah termasuk Ferrari, Rolls-Royce and Lamborghini, yang dirampas oleh pihak berkuasa Geneva daripada anak lelaki presiden Equatorial Guinea dalam satu kes penggubahan wang haram.

    Pihak berkuasa Swiss berkata penjualan itu, yang dikendalikan oleh Bonhams, dijangka memperoleh $18.5 juta Swiss francs, dengan perolehan itu akan disumbangkan bagi kegunaan aktiviti amal bagi penduduk Equatorial Guinea.

    Lelongan itu muncul selepas pejabat pendakwa raya Geneva mengumumkan pada Februari bahawa ia telah menutup kes tersebut ke atas Teodoro Nguema Obiang Mangue, anak lelaki presiden Teodoro Obiang, dan dua yang lain susulan satu siasatan bagi penggubahan wang haram dan salah guna aset awam.

    Pihak berkuasa Swiss merampas sejumlah kereta dan mengarahkan bagi penyitaan sebuah kapal persiaran pada tahun 2016.

    Kapal persiaran itu dilepaskan dalam satu rundingan yang diumumkan pada Februari, di mana Equatorial Guinea bersetuju untuk membayar pihak berkuasa Geneva $1.3 Swiss francs “jelasnya bagi menanggung kos prosedur,” menurut pejabat pendakwa raya.

    Antara yang menjadi tumpuan dalam lelongan itu adalah Lamborghini Veneno roadster, salah sebuah daripada hanya sembilan yang ada di dunia ini, hanya dipandu sejauh 325 kilometer menurut Bonhams. Ia dijangka akan membawa masuk wang sekurang-kurangnya $5.2 juta francs.

    Sebuah Ferrari ‘LaFerrari’, diinspirasikan daripada Formula 1 dan GT, pula dijangka dilelong dengan harga sekurang-kurangnya $2.6 juta francs.

    Anak lelaki presiden Equatorial Guinea itu, yang juga merupakan timbalan presiden, juga telah terjebak dengan kes undang-undang di tempat lain. Tahun lepas, para pegawai Brazil berkata AS$16 juta berupa wang tunai dan jam mewah yang tidak diisytiharkan telah dirampas dari satu delegasi yang dipimpinnya, yang mungkin menjadi sebahagian daripada usahanya untuk membersihkan wang haram dari kerajaan negara itu.

    Manakala sebuah mahkamah di Paris pada tahun 2017 mendakwa Teodoro atas penyelewengan berjuta-juta dolar wang awam. – AP

    Kelihatan beberapa model kereta mewah milik anak lelaki presiden Equatorial Guinea, yang dirampas oleh pihak berkuasa Geneva, dilelong oleh Bonhams kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda