Wednesday, February 5, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    25 murid, dua guru terlibat kejadian jeti roboh

    SEMPORNA, 30 JAN – Seramai 25 murid dan dua guru terlibat dalam kejadian jeti roboh di Pulau Pababag di sini pagi tadi, dengan dua murid mengalami kecederaan ringan di bibir dan tangan, akibat terkena serpihan kayu serta simen jeti berkenaan.

    Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan (Sektor Pengurusan Sekolah) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan berkata kejadian itu berlaku pada 6:45 pagi tadi, ketika murid tersebut sedang turun dari bot mereka untuk ke jeti tersebut.

    “Ketika kejadian, dua orang guru turut terjun membantu menyelamat. Guru dan murid yang terlibat dalam kejadian itu juga dibenarkan pulang dan tiada kecederaan berat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda