Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    25 pelajar perempuan diculik di barat laut Nigeria

    LAGOS, 17 NOV – Sekumpulan lelaki bersenjata daripada geng penjenayah menculik 25 individu dan membunuh seorang kakitangan sekolah dalam serangan awal pagi di sebuah sekolah menengah perempuan di barat laut Nigeria hari ini, menurut polis.
     
    Serangan terbaharu itu berlaku lebih sedekad selepas hampir 300 pelajar perempuan diculik dari Chibok di wilayah timur laut yang bergolak, insiden yang mencetuskan kecaman antarabangsa.
     
    Sejak itu, beberapa siri penculikan melibatkan pelajar sekolah terus berlaku di negara berkenaan.
     
    Polis berkata kumpulan penjenayah yang bersenjatakan ‘senjata canggih dan melepaskan tembakan secara rawak’ menceroboh Sekolah Menengah Komprehensif Perempuan Kerajaan di negeri Kebbi sekitar jam 4 pagi. – AFP
     
    Gambar fail sekumpulan gadis yang diculik dari sekolah berasrama penuh di utara Nigeria tiba di Rumah Kerajaan di Gusau, Negeri Zamfara pada 2 Mac 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda