Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    25 peserta layak ke musabaqah peringkat akhir

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Seramai 25 orang peserta telah terpilih dan layak ke Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1446 Hijrah yang akan diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 12 dan 13 Syaaban 1446 bersamaan 11 dan 12 Februari 2025 bertempat di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Sehubungan itu, peserta-peserta yang terpilih hendaklah hadir lebih awal pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan, iaitu Kategori A, B, C dan D akan bertanding pada Selasa, 11 Februari, bermula pukul 8:30 pagi hingga selesai.

    Manakala Kategori E pula akan diadakan pada Rabu, 12 Februari bermula pukul 8:30 pagi.

    Musabaqah menghafaz Al-Quran tersebut merupakan projek tahunan Kementerian Hal Ehwal Ugama yang dikendalikan oleh Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS.

    Pertandingan itu diadakan secara berperingkat-peringkat bermula daripada peringkat saringan, peringkat separuh akhir dan peringkat akhir kebangsaan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda