Sunday, December 15, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    25 sertai bengkel galakkan penggunaan bahasa Inggeris

    Oleh Sim Y. H.

    TUTONG, 15 Dis- Seramai kira-kira 25 belia Kampung Lamunin telah menyertai Bengkel Funds of Knowledge: An Approach to Learning Life and Language yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Dataran Gong Tiga Kampung Lamunin, Tutong pada 11 hingga 12 Disember lalu.

    Bengkel yang dihadiri peserta berumur antara 6 hingga 25 tahun berkenaan dikendalikan oleh Biro Pendidikan dengan kerjasama Biro Pelancongan (Eco Ponies Garden), Majlis Perundingan Kampung Lamunin, Tutong dan disampaikan oleh pensyarah dari Philippines Normal University Mindanoa, Dr Aileen C.Park.

    Bengkel itu merupakan projek individu Dr Aileen yang kedua dalam jangka masa 10 tahun dengan sasaran untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris bagi membentuk sebuah komuniti di kalangan penduduk di negara-negara ASEAN.

    Sebelum ini, beliau telah berjaya mengendalikan projek yang serupa di salah sebuah perkampungan di Marudi, Sarawak, Malaysia.

    Pada acara penutup bengkel berkenaan, Ketua Kampung Lamunin, PW1 (B) Saini bin Haji Othman dalam ucapannya menekankan bertapa pentingnya minat yang mendalam, sikap kerjasama serta berwawasan di kalangan generasi muda khususnya dan belia kampung umumnya dalam mempelajari bahasa Inggeris.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Kampung Kuala Ungar dan ahli-ahli MPK Lamunin.

    PW1 (B) Saini semasa menghadiri majlis penutup bagi bengkel berkenaan.
    Sesi gambar amai semasa bengkel berkenaan. – GAMBAR -GAMBAR SERAHAN MPK KAMPUNG LAMUNIN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda