Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    25 tamat skim bimbingan mualaf

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Seramai 25 orang mualaf telah diraikan pada Majlis Penutup Skim Bimbingan Lanjutan II Muallaf (Perempuan) Siri ke-36 dan Skim Bimbingan Asas (Dalam Bahasa Inggeris) Siri ke-13 telah berlangsung di Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini.

    Seramai 20 orang telah berjaya menamatkan Skim Bimbingan Lanjutan II manakala itu, lima peserta menamatkan Skim Bimbingan Asas (Dalam Bahasa Inggeris).

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh yang seterusnya menyampaikan sijil kepada para peserta skim.

    Skim Bimbingan Lanjutan II bertujuan untuk memberikan bimbingan dan pendedahan dalam meningkatkan dan menghalusi lagi ilmu pengetahuan Islam para mualaf secara berterusan.

    Mata pelajaran dalam skim berkenaan merangkumi Akidah (Ajaran Sesat), Fiqh Muamalat, Fiqh Zakat, Korban dan Aqiqah, Sejarah Islam, Tasawwuf, Muqqadam dan Amali.

    ATAS & BAWAH: Haji Abdul Rajid menyampaikan sijil kepada para peserta pada majlis berkenaan.

    Antara peserta skim bimbingan yang hadir pada majlis tersebut.

    Skim Bimbingan Asas (Dalam Bahasa Inggeris) pula menanamkan kesungguhan kepada setiap mualaf dengan memberikan latihan kepada mereka secara teori dan praktikal, terutamanya dalam cara melaksanakan ibadah dalam kehidupan seharian mereka. 

    Mata pelajaran yang diajarkan termasuk Hafalan, Praktikal Ibadat, Tauhid, Fiqh, Makanan Dalam Islam, Akhlak Islam, serta Praktikal Fardu Kifayah.

    Penyertaan terdiri daripada mualaf yang telah tamat menjalani Kursus Pengenalan Islam, Skim Bimbingan Asas dan Skim Bimbingan Lanjutan I. 

    Skim berkenaan telah berlangsung selama 14 hari bermula 18 Januari lalu hingga hari ini, dan dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Mualaf (Tarbiyah Mualaf).

    Kedua-dua skim bimbingan berkenaan diharap akan membentuk mualaf agar dapat menjadi contoh tauladan dan dakwah secara tidak langsung kepada masyarakat yang belum memeluk agama Islam.

    PDI menggalakkan para mualaf yang belum mengikuti skim bimbingan anjuran pusat berkenaan agar mendapatkan borang pendaftaran di PDI atau pejabat dakwah daerah masing-masing.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...