Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    25 tan dadah dibakar

    HERAT, AFGHANISTAN, 16 NOV – Pihak berkuasa Afghanistan telah membakar 25 tan dadah haram termasuk heroin dan hasyisy serta memusnahkan enam makmal membuat dadah di barat wilayah Herat hari ini, kata jurucakap pentadbiran wilayah, Hamidullah Motawakel.

    “Barang tegahan itu dikumpulkan sejak empat bulan lalu, termasuk heroin, hasyisy, popi, candu dan objek yang digunakan untuk menghasilkan heroin, dibakar di pinggir bandar wilayah Herat pagi ini,” kata Motawakel kepada Xinhua.

    Pegawai polis telah menemui dan memusnahkan enam makmal dadah di wilayah itu sejak empat bulan lalu dan menahan semua yang terlibat dalam perniagaan tersebut, kata pegawai tanpa mendedahkan jumlah sebenar.

    Polis Afghanistan juga menemui makmal dadah di kawasan Zazay Arub di wilayah timur Paktia dan memusnahkannya, kelmarin.

    Pentadbiran sementara yang dikendalikan Taliban telah mengharamkan penanaman popi, pengeluaran dan pengedaran dadah di negara yang dilanda perang itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...