Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    25 terbunuh dalam pertempuran di Republik Afrika Tengah

    BANGUI, 1 MEI – Dua puluh lima orang terbunuh dan 51 orang tercedera dalam pertempuran di bahagian Timur Laut Republik Afrika Tengah (CAR) yang tidak stabil, kata menteri komunikasi kelmarin.

    Pertempuran antara kumpulan bersenjata di Ndele telah menyebabkan 21 orang awam terbunuh, kata Ange-Maxime Kazigui, menambah: ‘Keadaan keliru masih berterusan’.

    Pekerja-pekerja kemanusian, walau bagaimanapun, berkata bahawa anggota Popular Front CAR Rebirth (FPRC) telah bertempur di Ndele pada hari Rabu lalu.

    FPRC pada tahun lalu berpecah kepada dua kumpulan: kumpulan etnik Runga di satu bahagian, termasuk ketua tentera FPRC Abdoulaye Hissene, dan musuh perjuangan dari komuniti etnik Gula dan Kara.

    CAR bergelut dengan keganasan meskipun perjanjian damai telah ditandatangai di antara kerajaan dan 14 kumpulan bersenjata. Musuh militan yang bertempur ke atas sumber telah mengawal lebih daripada dua per tiga negara itu.

    Pertempuran meletus di antara Runga dan Gula di Ndele, yang dikawal oleh FPRC, sejak awal bulan Mac.

    “Sayap Gula FPRC telah menyerang puak Runga” di Ndele pada Rabu lalu, kata pegawai tanpa menyatakan nama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda