Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    25 terkorban dalam kemalangan jalan raya di Malawi

    KARONGA, MALAWI, 5 JUN – Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kemalangan jalan raya di Karonga, sebuah daerah di utara Malawi, pada Sabtu.

    Seramai 18 orang maut di tempat kejadian, manakala tujuh lagi, yang dikenal pasti sebagai pemain dan penyokong Kelab Bola Sepak Nyungwe, meninggal dunia di Hospital Daerah Karonga, kata David Sibale, pengarah Kesihatan dan Perkhidmatan Sosial Majlis Daerah Karonga.

    Menurut laporan awal, kemalangan berlaku sekitar 8 malam waktu tempatan, apabila sebuah lori sepuluh tan yang membawa 80 penumpang dan dalam perjalanan dari Chitipa ke Karonga, dilaporkan hilang kawalan lalu terbalik lalu melanggar pembahagi jalan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda