Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    250 warga KSSUP bertahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mac – Seramai 250 orang pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) berserta jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawahnya telah menghadiri majlis membaca Surah Yasin dan tahlil di Kubah Makam Diraja hari ini.

    Majlis berkenaan diadakan khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Rombongan kementerian tersebut diketuai oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian tersebut, Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan- jabatan dan bahagian-bahagian di bawahnya.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah disusuli dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil beramai-ramai dengan dipimpin oleh Imam Tingkat I, Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampong Sungai Kebun, Yang Mulia Muhd Arif bin Haji Johari.

    Majlis berkenaan merupakan aktiviti tahunan kementerian tersebut berserta jabatan-jabatan dan bahagian-bahagian di bawahnya bersempena bulan Ramadan sebagai antara usaha bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    KSSUP1-2                 : Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Y pada majlis membaca Surah Yassin dan tahlil di Kubah Makam DiRaja. – Gambar serahan KSSUP

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf mengetuai rombongan tahlil berkenaan.
    Antara warga KSSUP yang menyertai majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN KSSUP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda