Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Nov – Seramai 250 orang sukarelawan telah menghadiri sesi dialog Festivel Disember 2017 yang berlangsung di Dewan Riadah, Pusat Belia, di ibu negara, hari ini.
Sesi dialog tersebut dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), yang juga Setiausaha Lembaga Pelancongan Brunei, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali selaku tetamu kehormat.
Juga hadir ialah Setiausaha Festival Disember Brunei, wakil dari Pusat Belia, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Haji Mohd Sofian bin Haji Amit dan Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan, Haji Ali Yusri bin Haji Abdul Ghafor.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn