Friday, November 15, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    250 pelajar sertai BJSL

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Kira-kira 250 pelajar Tahun 5 dan 6 yang mewakili Sekolah Hornbill, Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) cawangan Bandar Seri Begawan dan Seria, Sekolah Panaga dan Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) bertanding dalam acara olahraga di Liga Sukan Junior Brunei (BJSL), kelmarin.

    Acara tahunan anjuran JIS itu menampilkan pelbagai pertandingan olahraga, di mana pelajar bersaing dalam acara balapan dan padang, termasuk acara larian 800m, 600m, 100m, 60m dan lari berganti-ganti.

    Manakala acara padang merangkumi rejam lembing, lontar peluru, lempar cakera, lompat jauh dan lompat kijang.

    Di acara itu, Ketua Fakulti Pendidikan Jasmani dan Sukan di JIS, Hasim Khan telah mengongsikan perasaan teruja menyambut atlet muda yang berbakat ke JIS.

    “Dalam bidang olahraga, para pelajar dikehendaki menunjukkan prestasi pada tahap maksimum mereka dan tenaga serta semangat yang dipamerkan amat memberi inspirasi.”

    Selain itu, beliau turut berasa gembira apabila melihat pelajar-pelajar dari seluruh Brunei bersatu bagi mempamerkan kebolehan olahraga serta daya tahan dan semangat kejohanan.

    Sementara itu, Pengetua Eksekutif, Nicholas Sheehan pula menyatakan ia merupakan satu penghormatan untuk menganjurkan acara olahraga BJSL tahun ini dengan mengumpulkan atlet muda dari seluruh Brunei yang memiliki semangat persaingan sihat dan kemasyarakatan.

    “Acara seperti ini mencerminkan nilai-nilai dedikasi dan kerja berpasukan yang kami junjung di JIS, di samping berasa bangga dengan semua peserta atas usaha dan ketekunan mereka. Ucapan tahniah kepada semua pelajar atas pencapaian yang diperoleh,” jelasnya.

    Antara pelajar yang menyertai acara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JIS
    GAMBAR SERAHAN JIS
    GAMBAR SERAHAN JIS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda