Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    25,000 Kanak-kanak jadi yatim piatu akibat konflik Gaza

    GAZA, 29 JAN – Seramai 25,000 kanak-kanak Palestin menjadi yatim piatu akibat serangan berterusan Israel di wilayah terkepung itu, menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Mediterranean.

    Agensi berita Iran (IRNA) yang memetik agensi berita Palestin melaporkan, kanak-kanak di Gaza telah kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya sejak 7 Oktober lepas iaitu hari pertama Israel memulakan operasi ketenteraan di Semenanjung Gaza.

    Terdahulu, Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan bilangan kematian penduduk Palestin akibat pengeboman Israel di Gaza telah meningkat kepada 26,422 orang manakala 65,087 lagi cedera. Serangan berterusan tentera penceroboh ke atas bangunan kediaman, kem-kem pelarian dan hospital kini telah memasuki hari ke-115 dengan menyebabkan pelbagai kesengsaraan kepada penduduk Gaza. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...