Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    251 jemaah haji Brunei selamat tiba ke tanah air

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Seramai 251 jemaah haji Negara Brunei Darussalam selamat tiba di tanah air melalui Penerbangan Kedua menggunakan Pesawat Diraja Brunei (RB) BI4224, yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada jam 4:59 petang Jumaat lalu.

    Ketibaan jemaah turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Urusan Jemaah Haji (Perubatan), serta wakil dari Syarikat Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB), Syarikat Al-Hijrah Travel and Tours Sdn Bhd dan Syarikat Dar El-Ehsan Travel Sdn Bhd.

    Hadir mengalu-alukan ketibaan para jemaah di lapangan terbang ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Datin; serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB).

    Turut hadir, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah Al Buraithin; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin dan Datin; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Haji Muhamad Fakhri bin Haji Mohd Taib; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), KHEU, Haji Shamshol bin Haji Omar; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran), KHEU, Awang Misle bin Haji Abdul Karim, dan Kewangan) serta ahli-ahli jemaah penasihat haji, pengarah-pengarah dan penolong pengarah KHEU.

    Majlis ketibaan diserikan dengan bacaan Doa Selamat oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Tingkat Khas, Haji Fansuri Sharimi @Mansur bin Mohamad Ali.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin mengalu-alukan ketibaan para jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN KHEU
    TYT Mohammed Abdullah Al Buraithin dan Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim semasa mengalu-alukan ketibaan para jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
    Atas & bawah: Para jemaah haji dialu-alukan semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Para jemaah haji bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda