Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    253 bakal jemaah Haji diterbangkan bagi penerbangan ketiga

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Seramai 253 orang bakal jemaah Haji Negara Brunei Darussalam penerbangan ketiga, kelmarin, telah bertolak meninggalkan Negara Brunei Darussalam dengan menggunakan pesawat Pesawat Diraja Brunei (Royal Brunei) BI4205, dan penerbangan dijangka tiba di Madinah pada jam 2:40 petang waktu tempatan (waktu Madinah).

    Dari jumlah itu, seramai 59 orang bakal jemaah Haji iaitu 31 orang lelaki dan 28 orang perempuan; Raudah Al-Amin Sdn. Bhd seramai 28 orang bakal jemaah Haji iaitu 14 orang lelaki dan 14 orang Perempuan; dan Titian Travel & Tours Sdn. Bhd seramai 61 orang bakal Jemaah Haji iaitu 27 orang lelaki dan 34 orang Perempuan.

    Hadir bagi mengucapkan selamat belayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Jaafar; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed Abdullah Al Buraithin.

    Pada Penerbangan Ketiga ini, seramai 44 orang bakal jemaah Haji dari Al-Hijrah Travel & Tours Sdn. Bhd. iaitu 19 orang lelaki dan 25 orang perempuan; At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd seramai 54 orang bakal Jemaah Haji iaitu 31 orang lelaki dan 23 orang perempuan; Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn Bhd.

    Turut mengiringi bakal jemaah Haji bagi Penerbangan Ketiga ialah seramai 7 orang pegawai-pegawai dari Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan); Syarikat Darussalam Services Sdn Bhd (DSSB).

    Juga mengiringi, para pegawai dari Syarikat Al-Hijrah Travel & Tours Sdn Bhd; Syarikat At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd; Syarikat Dar El-Ehsan Travel Sdn Bhd; dan Syarikat Raudah Al-Amin Sdn Bhd.

    Turut hadir bagi mengucapakan selamat belayar, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan, dan Pemangku-Pemangku Setiausaha Tetap.

    Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz. Manakala Azan dilaungkan oleh Pegawai Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Haji Hamdini bin Haji Garif.

    Menteri Hal Ehwal Ugama mengucapkan selamat belayar kepada bakal-bakal jemaah Haji kelmarin di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas. – Gambar oleh Rafi Rosli
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda