Tuesday, July 2, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    253 pegawai dan kakitangan terima Pingat Kerja Lama

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Seramai 253 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-jabatan di bawahnya telah menerima Pingat Kerja Lama (P.K.L.) dalam Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kerja Lama (P.K.L.) bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-jabatan di bawahnya Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-77 tahun yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Jabatan Perdana Menteri, kelmarin.

    Hadir selaku Tetamu Kehormat Bersama dan menyempurnakan penyampaian pingat kepada para penerima yang diraikan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kerja Lama (P.K.L.) berkenaan merupakan sebagai pengiktirafan dan penghargaan di atas jasa dan sumbangan bakti pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyempurnakan penyampaian pingat kepada salah seorang penerima PKL. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JPM
    Sesi bergambar ramai bersama penerima lelaki.
    Sesi bergambar ramai bersama penerima perempuan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jangka hayat Australia menurun buat kali pertama

    CANBERRA, 2 JULAI - Jangka hayat Australia turun buat kali pertama dalam hampir 30 tahun semasa pandemik COVID-19, dedah satu laporan kerajaan. Institut Kesihatan dan...