Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    26 anak yatim terima sumbangan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Seramai 26 orang anak yatim telah menerima sumbangan pada majlis sempena sambutan Israk dan Mikraj dan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 yang berlangsung di Restoran Soto Hashma, Salambigar, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Presiden Majlis Perniagaan Wanita, Datin Paduka Hajah Rokiah binti Haji Zakiah.

    Terdahulu sebelum penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, bacaan tahlil dan Doa Selamat telah dipimpin oleh Pegawai Perkembangan Ugama Pusat Dakwah Islamiah, Awang Muhammad Nazri bin Haji Othman.

    Majlis juga menyaksikan penyerahan wakaf Al-Quran kepada anak-anak yatim terpilih yang juga disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.

    Penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan barang asasi telah didahului oleh tetamu kehormat dan penderma lain terdiri daripada Projek Impan Cahaya Iman, Projek Prihatin, Pertubuhan Kasih Slimimi, Saham Akhirat dan ahli Majlis Perniagaan Wanita.

    Majlis berkenaan juga diselajurkan dengan penyampaian derma khas kepada Dayang Norizzati binti Matassan yang merupakan salah seorang anak yatim dan derma khas itu telah disampaikan oleh Dayang Faridah binti Haji Mohd Taufik dari Projek Amal Impian Cahaya Iman dan Dayang Mimi Radzia binti Tamin dari Pertubuhan Kasih Slimimi.

    Datin Paduka Hajah Rokiah semasa menyampaikan wakaf Al-Quran di Restoran Soto Hashma, Salambigar, kelmarin.
    Presiden Majlis Perniagaan Wanita menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim di majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda