Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    26 cedera dalam kemalangan rollercoaster

    MADRID, 17 Julai – Sekurang-kurangnya 26 orang, sebahagian daripada mereka adalah kanak-kanak, cedera apabila dua kereta api bertembung dengan sebuah rollercoaster di sebuah taman hiburan di sini, kata perkhidmatan kecemasan tempatan kelmarin.

    Kemalangan itu berlaku sekitar pukul 2:30 petang waktu tempatan (1230 GMT) pada rollercoaster yang dipanggil ‘Tren de la Mina’ (Kereta Api Mine) di taman tema Parque de Atracciones. Ia adalah rollercoaster pertama di Sepanyol di mana penunggang boleh memakai cermin realiti maya interaktif. Tiada kecederaan serius yang dilaporkan dan mereka yanf cedera telah dibawa ke hospital tempatan, kebanyakannya mereka mengalami luka dan lebam. Penyebab kemalangan itu masih disiasat. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda