Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    26 dicekup main ‘paikaw’

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BELAIT, 25 MAC – Seramai 26 suspek yang dipercayai terlibat dengan kegiatan perjudian jenis ‘paikaw’ telah dicekup dalam serbuan anggota detektif di kawasan Jalan Sungai Pandan, Kuala Belait, kelmarin.

    Semasa siasatan awal yang dijalankan oleh anggota detektif dari Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei dan Daerah Polis Belait telah menemukan beberapa bahan bukti seperti sejumlah wang tunai, daun terup, buah dadu, buah paikaw serta beberapa alat yang diguna pakai bagi permainan perjudian tersebut.

    Kesemua tangkapan bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis Belait bagi siasatan lanjut dan kes itu disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28.

    Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa membuat pemantauan, menjejak serta mengesan penjenayah-penjenayah yang hendak bertapak dan menjalankan aktiviti-aktiviti haram di negara ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda