Tuesday, March 25, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    26 dihukum gantung kerana culik dan bunuh

    DHAKA, 16 Jan – Sebuah mahkamah Bangladesh hari ini menjatuhkan hukuman mati ke atas 26 orang selepas mendengarkan bagaimana seorang ahli politik dari parti memerintah, Liga Awani telah mengupah anggota-anggota unit keselamatan elit, negara untuk membunuh pesaing-pesaing dalam politik.

    Pada akhir perbicaraan yang menyelubungi negara, hakim mendapati semua 35 defendan dalam kes tersebut bersalah terlibat dalam penculikan dan pembunuhan tujuh orang di bandar tengah Narayanganj pada April 2014.

    Pensabitan anggota pasukan keselamatan jarang berlaku di Bangladesh. Para aktivis hak asasi berkata, mereka kerap menjalankan pembunuhan yang menyalahi undang-undang dan dapat dilakukan dalam keadaan bebas dari hukuman.

    Hakim Syed Enayet Hossain memerintahkan 26 orang defendan dihukum gantung selepas perbicaraan setahun di Narayangj, manakala sembilan orang lagi dijatuhi hukuman penjara dari tujuh hingga 17 tahun.

    Dua puluh tiga orang yang disabitkan dengan kesalahan hadir di mahkamah yang penuh sesak apabila keputusan diumumkan, tetapi12 orang lagi masih diburu.

    Mayat-mayat mangsa ditemui terapung-apung di dalam sungai, tiga hari selepas para saksi melaporkan terlihat sekumpulan orang di bawah naik ke bahagian belakang van yang tidak bertanda berhampiran stadium kriket antarabangsa bandar itu.

    Antara mereka yang dijatuhi hukuman mati ialah Tarek Sayeed, pemerintah Rapid Action Battalion (RAB) yang juga menantu lelaki kepada seorang menteri dalam kabinet Perdana Menteri Sheikh Hasina. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda