Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    26 ditahan terlibat judi laga ayam di Tapah

    IPOH, 26 DIS – Polis menahan 25 lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia kerana dipercayai terbabit dalam perjudian sabung ayam dalam satu serbuan di Tapah, semalam.

    Pemangku Ketua Polis Perak, DCP Zulkafli Sariaat berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan 31 hingga 50 tahun ditahan kira-kira pukul 2 petang.

    “Hasil siasatan mendapati 17 lelaki daripada keseluruhan suspek adalah warganegara asing, lapan warga tempatan serta seorang wanita Indonesia.

    “Polis turut merampas 49 ekor ayam, lima sangkar besi, 22 telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM18,314,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Zulkafli berkata semua suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 29 Disember bagi siasatan di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 32(1) (a) serta Seksyen 32(2) (a) Akta Kebajikan Haiwan 2015. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda