Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    26 maut gempa di Afghanistan

    HERAT, 18 JAN – Pekerja penyelamat bertungkus-lumus men-cari mangsa hari ini selepas gempa bumi di kawasan pedalaman barat Afghanistan meragut sekurang-kurangnya 26 nyawa dan merosakkan ratusan rumah, kata pegawai.

    Gempa bumi cetek 5.3 magnitud menggegarkan wilayah Badghis dan merosakkan kediaman, kebanyakannya di daerah Qadis – sebuah kawasan pedalaman yang sukar diakses menggunakan jalan raya.

    “Gempa bumi mengakibatkan kerosakan ke atas rumah-rumah, kira-kira 700 sehingga 1,000 rosak,” kata jurucakap wilayah Badghis, Baz Sarwary dalam satu mesej video. “Angka kematian kemungkinan akan meningkat,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda