Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    26 maut kena bedil rejim Zionis

    BAITULMAQDIS, 11 MEI – Israel dan pejuang Hamas di Gaza berbalas serangan hari ini, dengan sekurang-kurangnya 26 penduduk Palestin dan dua orang Israel terbunuh, dalam pertempuran yang dipicu oleh pertempuran berterusan di perkarangan Masjid Al-Aqsa.

    Sembilan kanak-kanak adalah antara mereka yang terbunuh di Semenanjung Gaza yang dikendalikan oleh Hamas dan 125 orang lagi cedera, kata pihak berkuasa kesihatan tempatan.

    Dua wanita Israel terbunuh dalam serangan roket di bandar pesisir Ashkelon, di utara Gaza, kata perkhidmatan kecemasan Magen David Adom. Pusat perubatan Barzilai tempatan mengatakan bahawa ia merawat 70 lagi yang cedera.

    Pejuang Hamas, Qassem Brigades telah berikrar untuk menjadikan bandar itu ‘seperti neraka’ dan serangan bertubi-tubi serta mengaku telah telah menembak 137 roket ke arah Ashkelon dan Ashdod yang berdekatan dalam hanya lima minit.

    Ledakan kuat sekali lagi menggegarkan bandar itu hari ini, di mana roket telah memusnahkan blok pangsapuri, kata seorang wartawan AFP.

    Penduduk Palestin berdiri di atas runtuhan sebuah pangsapuri yang musnah akibat serangan udara Israel di Gaza semalam. – AFP

    Lebih dari 300 roket telah ditembak ke arah Israel sejak semalam apabila cuba dihalang oleh sistem pertahanan peluru berpandu Israel, kata jurucakap tentera Jonathan Conricus.

    Jet tempur Israel dan helikopter telah melancarkan lebih daripada 130 serangan ke atas sasaran ketenteraan, kata Conricus.

    Mereka telah membunuh 15 komander Hamas, tambahnya, sementara pejuang jihad mengesahkan dua pejuang kanannya juga terbunuh.

    Conricus mengatakan bahawa Israel tidak mempunyai pengesahan bahawa serangannya telah memberi kesan kepada orang awam di Gaza.

    Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz membenarkan permintaan tentera untuk menggerakkan 5,000 tentera simpanan jika perlu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda