Thursday, February 13, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    26 orang maut di Texas

    SUTHERLAND SPRINGS, 6 Nov – Amerika Syarikat (AS) berdukacita hari ini selepas seorang lelaki bersenjata yang memakai ves kalis peluru melepaskan tembakan menggunakan raifal pada satu perhimpunan gereja di bandar kecil Texas, yang mengorbankan 26 orang dan mencederakan 20 orang lagi dalam penembakan beramai-ramai terbaru di negara itu.

    Lima minggu selepas penembakan paling teruk dalam sejarah moden AS, Presiden Donald Trump berkata, negara menjalani kehidupan ‘dalam masa suram’ dan mengarahkan bendera dikibarkan setengah tiang di Rumah Putih dan bangunan-bangunan persekutuan`selepas tragedi terbaru itu.

    Mangsa-mangsa, yang berusia antara lima hingga 72 tahun, telah ditembak mati di Gereja First Baptist di Sutherland Springs, sebuah komuniti luar bandar yang dihuni oleh kira-kira 400 orang yang terletak 50 kilometer tenggara San Antonio.

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda