BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA melalui Badan Pelajar Ekonomi dan Kewangan Islam (iFESS) telah mengadakan aktiviti bersama pelajar-pelajar di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Bengkurong baru-baru ini.
Aktiviti bertemakan Together We Thrive : Embrace, Educate, Empower yang telah disertai oleh 26 pelajar iFESS bersama Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Dr Muhammad Zaki bin Haji Zaini @ Jaineh dan juga pensyarah serta kakitangan FEKIm.
Aktiviti dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengetua Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Nurussa’adatul Firdaus Saifulbahri.
Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan kepada semua pelajar pusat berkenaan adalah seperti aktiviti jual beli, mewarna, bercerita, mengeja, memancing dan menyambung warna dan diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati dan bergambar ramai.
Pelajar-pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam juga telah menerima beg hadiah yang telah disediakan oleh Timbalan Dekan FEKIm, Dr Amnisuhailah binti Abrahan.
Antara tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada badan pelajar iFESS tentang pelbagai perspektif, pandangan serta meningkatkan pemahaman dan penghargaan terhadap kepelbagaian. Selain itu dapat memberi pendedahan kepada para pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dalam pelbagai bidang.