Saturday, July 12, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    26 pokok ashoka ditanam

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JUN – Bagi meneruskan lagi Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan mengadakan Acara Walkaton dan Penanaman Pokok yang berlangsung di Riverfront Promenade, Jalan Residency, di ibu negara, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyertai acara penanaman pokok berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; ketua-ketua jabatan, timbalan-timbalan dan penolong-penolong ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Acara didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa oleh Awang Muhammad Hafiy bin Noorsam dan diikuti dengan taklimat keselamatan.

    Acara diteruskan dengan penanaman sebanyak 26 pokok ashoka atau nama saintifik Polyalthia Longifolia bagi mengindahkan lagi landskap sepanjang Jalan Residency.

    Acara berakhir dengan aktiviti walkaton sejauh 1.5 km di sepanjang Riverfront Promenade Sungai Brunei.

    Bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, JASTRe juga menyusun beberapa program lain termasuk Hari Kitar Semula Senegara (Edisi Upcycling) yang akan diadakan pada 22 Jun nanti.

    Maklumat lanjut mengenai kempen dan acara berkenaan boleh didapatkan di laman Instagram rasmi JASTRe @jastre.bn

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda turut serta dalam acara penanaman pokok berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JASTRE
    Antara yang hadir menjayakan Acara Walkaton dan Penanaman Pokok yang berlangsung baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JASTRE

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda