Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    26 selamat selepas dua hari hanyut

    MEDAN, INDONESIA, 21 MAC – Seramai 26 penumpang dilaporkan hilang apabila bot nelayan yang membawa pekerja asing tanpa izin karam di luar pantai Indonesia telah ditemui hidup selepas hanyut selama dua hari, kata seorang pegawai hari ini.

    Dua daripada 86 penumpang bot yang sedang mencari pekerjaan di negara jiran, Malaysia, terkorban apabila ia terbalik pada Sabtu, kata Jurucakap Pangkalan Tentera Laut Belawan di Pulau Sumatera, Rully Ramadhiansya.

    Bagaimanapun, kapten dan tiga anak kapal semuanya terselamat.

    “Kami mendapati beberapa penumpang memegang erat pelampung, tong cecair dan objek terapung lain untuk bertahan di lautan.

    “Beberapa orang lain diselamatkan oleh bot nelayan,” katanya kepada AFP.

    Bot kayu itu karam di luar wilayah Sumatera Utara berhampiran kawasan pantai Tanjung Api ketika ia cuba belayar melalui laluan tanpa kawalan ke Malaysia.

    Ia mengalami kebocoran sejurus selepas bertolak, sebelum dilanda ombak kuat dan terbalik.

    Pegawai sebelum ini berkata, terdapat 89 orang di dalam bot ketika ia karam, namun kapten bot itu memaklumkan kesemua yang menaikinya adalah seramai 90 orang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...