Friday, October 18, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    26 sertai Kursus Kaligrafi Islam Turkiye

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Seramai 26 orang mengambil bahagian dalam Kursus Kaligrafi Islam Turkiye yang dianjurkan oleh Kedutaan Republik Turkiye di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Yunus Emre Institute (YEE) dan Pusat Sejarah Brunei (PSB), hari ini.

    Hadir semasa perasmian kursus berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turkiye ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Profesor Dr Hamit Ersoy; Pengetua PSB, Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, pegawai-pegawai kanan dari PSB dan Kedutaan Republik Turkiye di Negara Brunei Darussalam serta para peserta kursus yang terdiri daripada orang awam dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Dalam ucapannya, TYT Profesor Dr Hamit Ersoy menyatakan bahawa pihak kedutaan amat gembira dengan sambutan yang sungguh menggalakkan para peserta dalam Bengkel Kaligrafi Islam Turkiye yang telah diadakan pada 2023, oleh itu, amat teruja untuk menyediakan peluang bagi mengadakan lebih banyak bengkel serupa.

    Menurutnya, pada kali ini, mereka ingin memberikan peluang kepada para peserta untuk menyertai kursus kaligrafi penuh yang berbeza daripada bengkel sehari yang diadakan pada 2023.

    Bengkel kaligrafi yang diadakan pada 2023 di Dewan Bahasa dan Pustaka telah melibatkan penyertaan daripada pakar kaligrafi terkenal iaitu Seyit Ahmet Depeler dan Abdurrahim Kahya.

    TYT Profesor Dr Hamit Ersoy dan Dr Haji Muhammad Hadi bergambar ramai dengan peserta kursus, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda