WASHINGTON, 3 JAN – Rakyat Amerika yang pulang dari perjalanan percutian terpaksa menghadapi satu lagi kekecohan lapangan terbang kelmarin, dengan lebih 2,600 penerbangan dibatalkan kerana cuaca buruk atau masalah kakitangan syarikat penerbangan yang dicetuskan oleh lonjakan kes COVID-19.
Gangguan selanjutnya diramalkan hari ini, apabila ribut musim sejuk bergerak ke arah timur. Setakat hari ini, lebih 2,650 penerbangan domestik atau antarabangsa yang bermula atau berakhir di AS telah dibatalkan – hampir sebanyak 2,750 yang dibatalkan sepanjang Sabtu lalu, menurut perkhidmatan pengesanan penerbangan, FlightAware.
Angka tersebut mewakili lebih separuh daripada hampir 4,400 penerbangan yang dibatalkan di seluruh dunia. Hampir 8,600 penerbangan AS ditangguhkan.
Southwest Airlines, salah satu syarikat penerbangan yang paling teruk terjejas, terpaksa membatalkan kira-kira 400 penerbangan kelmarin, kata seorang jurucakap dalam e-mel kepada AFP, sambil menambah bahawa ia menjangkakan pembatalan selanjutnya.
Penumpang, Nick Kagy tersekat selepas penerbangannya dibatalkan.
Cuaca buruk, sebahagian besarnya dikaitkan dengan ribut musim sejuk Frida, memaksa syarikat penerbangan Southwest untuk membatalkan 490 penerbangan, kebanyakannya di negeri tengah-utara selatan Great Lakes dan sampai ke barat hingga ke Great Plains. – AFP