Friday, January 3, 2025
33.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    262 terima agihan daging korban JMK, RB

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Seramai 262 orang asnaf dari Mukim Kota Batu, Mukim Kianggeh dan Mukim Tamoi telah menerima agihan daging korban pada majlis ibadah korban yang dianjurkan bersama Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) di Ruang Legar, Bangunan Darulifta’, JMK, hari ini.

    Bagi tahun ini, enam ekor sapi dan empat ekor kerbau disembelih untuk ibadah korban dan diagihkan kepada para penerima.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos selaku Timbalan Pengerusi RB; Timbalan Mufti, Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, penolong-penolong mufti, Ketua Pegawai Eksekutif RB serta tetamu khas yang lain.

    Daging-daging korban tersebut diagihkan kepada 100 ketua keluarga dan wakil penerima yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin dan Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza.
    Majlis yang dilaksanakan secara bersama itu merupakan acara tahunan antara kedua-dua institusi, yang mana kesepakatan berkenaan telah lahir sejak 25 tahun yang lalu bermula pada 1999.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz dan Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza menyampaikan daging korban kepada penerima pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda