KUALA LUMPUR, 17 NOV – Seramai 2,667 orang di Sabah dilaporkan hilang pekerjaan dalam tempoh Januari hingga 5 November lepas, dan pada masa yang sama terdapat penempatan semula pekerjaan yang melibatkan 5,071 orang, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran golongan belia