Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Seramai 269 orang pelajar baharu pengambilan ke-17 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) menjalani minggu taaruf bermula kelmarin sehingga 27 Julai ini.
Minggu taaruf bermula di Dewan Tarbiah itu diisikan dengan sesi taklimat disampaikan oleh Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUPU SB, Dr Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk
Taklimat menerangkan mengenai beberapa tugas dan tanggungjawab pelajar yang perlu diambil maklum sepanjang pengajian pelajar di universiti termasuk peraturan hostel dan etika pakaian.
Ia adalah untuk memperkenalkan budaya hidup di KUPU SB dalam konteks kemahiran mengurus masa, menyuburkan budaya menuntut ilmu dan mengenali serta membiasakan diri dengan rutin harian dan persekitaran KUPU SB.