Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    27 cedera jejantas sementara runtuh

    HELSINKI, 11 MEI – Seramai 27 individu, kebanyakannya kanak-kanak cedera selepas jejantas sementara di tapak pembinaan runtuh sebelum mereka jatuh beberapa meter di permukaan jalan raya.

    Jabatan Penyelamat Uusimaa Barat di Espoo dalam kenyataan berkata, kira-kira 27 orang mangsa kebanyakannya pelajar gred lapan cedera pada tahap yang berbeza.

    “Kejadian berlaku kira-kira jam 9:20 pagi waktu tempatan apabila jejantas berstruktur kayu dipercayai gagal menampung beban sebelum mangsa jatuh di jalan raya,” katanya.

    Perkhidmatan Hospital Helsinki (HUS) berkata, mereka yang cedera adalah sekumpulan pelajar sekolah dan kebanyakan mangsa patah anggota badan, manakala 24 daripada mereka dibawa ke beberapa hospital yang berdekatan.

    “Tiada kemalangan jiwa direkodkan dalam insiden berkenaan,” katanya.

    Berdasarkan gambar di lokasi kejadian menunjukkan jejantas berkenaan sebahagian besar strukturnya masih utuh dan timbunan papan kayu bersepah.

    Pasukan penyelamat dilihat melakukan rawatan kepada beberapa orang mangsa yang terbaring di atas jalan raya akibat kejadian berkenaan.

    Sementara itu, Perdana Menteri, Sanna Marin dalam ciapannya di Twitter berkata insiden yang berlaku di Espoo adalah satu berita yang mengejutkan. – AFP

    Sekatan didirikan di lokasi kemalangan di mana 27 orang cedera di Espoo, Finland apabila jejantas roboh kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda