PITAS, 4 Jan – Sebanyak 27 keluarga di Kampung Rukom Ulu, dekat sini dipindahkan selepas kampung itu dinaiki air berikutan hujan berterusan sejak malam tadi. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata semua mangsa yang terdiri daripada 25 lelaki, 27 wanita, 42 kanak-kanak lelaki dan 41 kanak-kanak perempuan ditempatkan di