NAIROBI, 25 April – Seramai 27 maut apabila sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah treler di jalan raya utama yang menghubungkan dua bandar raya terbesar negara itu, Nairobi dan Mombasa, kata polis.
“Ia merupakan satu kejadian yang sangat buruk. Kami kehilangan sekurang-kurangnya 26 orang dalam kemalangan tersebut, menurut ketua polis bandar selatan Kibwezi, Leonard Kimaiyo. Seorang lagi polis berkata bas berkenaan menuju ke Mombasa dan treler dalam arah bertentangan apabila ia bertembung. Kenya merekodkan tahap jalan raya yang lemah, di mana kejadian kemalangan jalan raya telah membunuh 3,000 penduduk di Kenya setiap tahun.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia meletakkan tol seramai 12 ribu. Pada bulan Disember sekurang-kurangnya 40 terbunuh dalam kemalangan kira-kira 100 kilometer (60 batu) barat laut Nairobi, di mana kapal tangki bertembung dengan beberapa kenderaan lain sebelum meletup. Kematian akibat kemalangan jalan raya meningkat sejak beberapa tahun ini walaupun tindakan dikenakan ke atas pemandu mabuk, termasuk denda berat dan ujian pernafasan ketika sekatan jalan raya. – AP
