Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    27 mayat warga asing ditemukan di Lusaka

    LUSAKA, 12 DIS – Polis di Lusaka, ibu negara Zambia semalam menemukan 27 mayat warga asing yang dibuang oleh orang tidak dikenali.

    Mayat yang disyaki warga Ethiopia itu ditemukan di daerah Ngwerere setelah polis menerima aduan orang awam, lapor Xinhua. Timbalan Pegawai Perhubungan Awam Polis, Danny Mwale dalam satu kenyataan berkata polis telah melancarkan siasatan berhubung perkara itu manakala kesemua 27 mayat telah dibawa ke bilik mayat di Hospital University Teaching.

    Beliau berkata selain 27 mayat, seorang warga asing ditemukan tenat dan kini menerima rawatan rapi di hospital. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda