KABUL, 30 Mac – Dua puluh tujuh militan terkorban selepas Pasukan Khas tentera Afghanistan melancarkan satu operasi di timur wilayah Nangarhar, kata seorang jurucakap Kementerian Pertahanan.
Jeneral Dawlat Waziri berkata melalui akaun twitter, serbuan itu dilancarkan di daerah Khogyani semalan dan Pasukan Operasi Khas juga telah menangkap tujuh orang yang disyaki militan ketika serbuan itu.
Dalam kalangan militan yang terbunuh itu ialah ketua Taliban tempatan Mullah Zakir bersama dengan empat lagi komander tempatan Taliban, katanya, menambah bahawa satu kuantiti besar senjata dan peluru juga dirampas di wilayah itu, 120 km dari timur ibu negeri Kabul.
Pasukan keselamatan Afghanistan telah meningkatkan operasi-operasi keselamatan terhadap militan-militan baru-baru ini, memandangkan musim bunga dan panas dikenali sebagai musim pertempuran. Kumpulan militan Taliban bagaimanapun belum lagi memberikan sebarang ulasan. – NNN