Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    40 pelajar JIS terima anugerah Pertandingan Matematik

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 NOV – Seramai 67 pelajar Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) dari Tahun 11 hingga 13 baru-baru ini mengambil bahagian dalam Senior Maths Challenge (SMC), pertandingan matematik kebangsaan terbesar UK.

    Menurut kenyataan yang diterima dari JIS, 60 peratus daripada pelajar teratas menerima sijil Emas, Perak atau Gangsa dalam nisbah 1:2:3. Tahun ini, seramai 27 pelajar JIS menerima anugerah gangsa, lapan menerima perak dan lima emas. Lima pemenang anugerah emas juga diberikan buku berkaitan Matematik dari Jabatan Matematik untuk merangsang minat mereka selanjutnya dalam Matematik.

    Pelajar yang berjaya ialah Lucy Sa, memenangi anugerah terbaik di sekolah diikuti oleh Joseph Jung, Yahya Ul Hasan merupakan pelajar terbaik dalam Tahun 11 diikuti Kartikeya Aneja, terbaik dalam Tahun 12 dan Isabel Loh.

    Ketua Matematik di JIS, Phil May menjelaskan bahawa SMC menggalak kebolehan menaakul matematik, pemikiran tepat serta kecekapan dalam menggunakan teknik matematik asas untuk menyelesaikan masalah menarik.

    “Saya berasa amat bangga dengan semua yang mengambil bahagian terutamanya mereka yang berjaya memenangi sijil, syabas diucapkan!”.

    SMC, yang disasarkan kepada pelajar Tahun 11 hingga 13, mewajibkan para pelajar menjawab 25 soalan pelbagai pilihan dalam masa 90 minit, tanpa menggunakan kalkulator.
    Ia bertujuan memupuk minat dalam Matematik untuk pelajar.

    Kenyataan juga menyatakan bahawa 1,000 daripada pelajar yang mencatat prestasi tertinggi akan dijemput mengambil bahagian dalam British Mathematical Olympiad (BMO), cabaran selama dua setengah jam yang mewajibkan pelajar menulis penyelesaian bertulis penuh.

    Tahun ini, JIS menjemput dua daripada pelajar teratas mereka mengambil bahagian dalam BMO, Yahya Husain Ul Hasan (Tahun 11) dan Joseph Jung (Tahun 13).

    Gambar ramai pemenang Pertandingan Matematik bersama Nicolas Sheehan dan Phil May. – Gambar serahan JIS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda