Tuesday, July 2, 2024
21.6 C
Brunei

    -

    27 terbunuh dalam kebakaran lombong emas

    LIMA, 8 MEI – Sekurang-kurangnya 27 pekerja maut dalam kebakaran di lombong emas di kawasan terpencil di selatan Peru, kata pihak berkuasa hari ini.

    Polis dan pejabat pendakwa raya berkata, litar pintas menyebabkan kebakaran, yang berlaku pada Sabtu di dalam terowong di lombong La Esperanza di wilayah Arequipa.

    Pendakwa raya Giovanni Matos memberitahu televisyen saluran N bahawa terdapat ‘27 orang maut di dalam lombong.’

    Media tempatan berkata kebakaran bermula selepas letupan di lombong di wilayah terpencil Condesuyos.

    Berita mengenai kebakaran itu hanya disiarkan pada Ahad setelah polis mengumpul butiran mengenai mereka yang maut.

    Mangsa berada 100 meter di bawah tanah lombong, menurut media tempatan.

    Pasukan penyelamat cuba menutup lombong sebelum mengeluarkan mayat mangsa.

    “Kami perlu membuat tempat di mana orang mati selamat supaya kami boleh memasukinya dan mendapatkan mayat,” kata Matos. – AFP

    Pemandangan lombong La Esperanza, di mana sekurang-kurangnya 27 orang terkorban di daerah Yanaquihua, Arequipa, selatan Peru kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hujan menyebabkan kematian, kemusnahan di beberapa negeri di India

    NEW DELHI, 1 JULAI – Selepas gelombang haba yang membawa maut, India kini bergelut dengan hujan monsun yang lebat, yang telah menyebabkan banjir kilat,...