Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Seramai 27 pemain hari ini telah dipanggil bagi menyertai pasukan bola sepak senior negara susulan pengumuman Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (FABD).
Skuad tersebut terdiri daripada tiga penjaga gol, Haimie Nyaring; Ishyra Jabidi; dan Azriel Arman.
Manakala, pemain pertahanan ialah Yura Indera; Hanif Hamir; Afi Aminuddin; Martin Haddy; Mu’iz Sisa; Shahme Suhaimi; Shafie Effendy; Fakharazzi Hassan; Alinur Jufri; Hanif Farhan; Hirzi Zulfaqar; dan Nazif Jaini.
Sementara itu, pemain tengah termasuklah Hendra Azam; Azwan Ali; Naziruddin Ismail; Eddy Omar; Asyraffahmi Norsamri; Haziq Kasyful; Hamidan Aziz; dan Hariz Herman.
Seterusnya, pemain penyerang terdiri daripada Razimie Ramlli; Hariz Danial; Adi Said dan Hakeme Said.


