Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    27 terima sijil kursus agama

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Dalam usaha mendedahkan belia dan jemaah kepada kursus fardu kifayah, Ahli Jawatankuasa Takmir Balai Ibadat Mukim Saba dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, mengadakan kursus pengurusan jenazah di balai ibadat mukim itu hari ini.

    Kursus pertama kali diadakan itu disertai 27 orang belia dan jemaah masjid, dimudahcarakan oleh Pemangku Imam Balai Ibadat Mukim Saba, Awang Shahrin bin Haji Matnor.

    Peserta kursus juga menerima sijil penyertaan selepas tamat kursus daripada Pemangku Penghulu Mukim Saba, Haji Mayalin bin Haji Saat. Semasa kursus, mereka mendengar ceramah pengurusan jenazah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Haji Zainal bin Haji Othman.

    Antara lain tujuan kursus tersebut ialah bagi mendidik generasi belia supaya dapat menggalas tanggungjawab pengurusan jenazah di kampung masing-masing, untuk menghubungkan silaturahim di antara para jemaah kampung dan sekitarnya, dan sebagai dorongan para belia dan jemaah masjid agar bergiat aktif bagi sama-sama mengimarahkan masjid.

    Gambar ramai peserta kursus selepas menerima sijil.
    Gambar ramai peserta kursus selepas menerima sijil.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda