Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 DIS – Sebanyak 274 kes COVID telah disahkan sembuh di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kepada 265,733 orang.
Menurut Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar bagi Status Harian Norma Baharu COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini, satu kes berada dalam kategori 5, iaitu memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) manakala dua kes lagi dalam kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.
Sementara itu, bagi kadar liputan vaksinasi COVID bagi penduduk umum, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima tiga dos vaksin ialah 79 peratus dan 11.5 peratus telah menerima empat dos vaksin.
Peratusan bagi program vaksinasi untuk kanak-kanak dan remaja yang berumur lima hingga 11 tahun yang menerima dua dos vaksin ialah 87.2 peratus manakala bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun yang menerima tiga dos vaksin mencapai 62.4 peratus.


