Thursday, January 30, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    2,765 anggota polis bermasalah diambil tindakan pada 2024

    MANILA, 27 JAN – Filipina telah mengambil tindakan disiplin terhadap 2,765 anggota polis sepanjang 2024, dengan 903 daripadanya dipecat daripada perkhidmatan, menurut Ketua Polis Nasional Filipina (PNP), Jeneral Rommel Francisco Marbil, kelmarin, lapor Xinhua.

    Daripada jumlah itu, Marbil berkata seramai 1,112 anggota menerima hukuman penggantungan, termasuk seorang kolonel, 19 leftenan kolonel, 29 mejar, 30 kapten dan 22 leftenan.

    Selain itu, 903 anggota yang dipecat turut merangkumi lima leftenan kolonel, enam mejar, 12 kapten dan lima leftenan.

    Hukuman lain yang dikenakan termasuk turun pangkat, perampasan gaji, teguran, sekatan dan sekatan hak istimewa. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda